Monday, 4 September 2017

KEKUATAN & KELEMAHAN PETA MINDA


PETA MINDA





Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat secara


 terperinci, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat

 utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di lua

idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan,

 bongkah geometri, warna dan sebagainya  



CONTOH PETA MINDA


Image result for peta minda

Image result for peta minda


KEKUATAN PETA MINDA

1. Berfungsi untuk menghasilkan  nota. Setiap kali maklumat
dicatat, peta minda mampu menggambarkannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati oleh otak.

2. Membantu dalam menghasilkan sesebuah pembentangan. Peta minda berfungsi menyediakan topik dan urutan secara sistematik semasa ingin membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan jelas, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada lampiran-lampiran yang lain. 

3. Peta minda berfungsi merangsang otak kiri dan otak kanan secara serentak. Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri penulis semasa belajar.


KELEMAHAN PETA MINDA

1. Peta minda hanya menggunakan sesetengah perkataan dan gambar sahaja untuk menjelaskan sesuatu isi. Oleh itu, tidak ada huraian yang lengkap dan jelas untuk menjernihkan lagi kefahaman orang.

2. Penyesuaian yang tidak serasi antara sesuatu perkataan iaitu kata kunci dengan visual atau gambar yang disertakan. Orang yang melihatnya berkemungkinan silap faham malahan ada yang bingung akan perkara yang ingin disampaikan sebenarnya.

3. Peta minda banyak menggunakan warna-warna yang cerah dan berwarna-warni untuk menarik minat orang. Tetapi, penggunaan kontra warna yang banyak dalam sesebuah peta minda boleh menyakitkan mata orang.





No comments:

Post a Comment